Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

ANAK-ANAKKU

 Anak-anakku yang disayangi,

Jika perkawinan dan hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin ayah akan kahwin lagi. Tetapi ketahuilah, dengan adanya ibu kamu disampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kamu.

Kamu semua yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta, tidak satu pun dapat dihargai dengan apa pun.

Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkawinan tetapi tidak mau memberi waktu, tenaga, pikiran, perhatian, semua itu adalah kesia-siaan. Ayah memilih istri ayah menjadi pendamping hidup ayah, yang sewaktu sihat dia dengan sabar merawat ayah, mencintai ayah dengan hati dan batinnya, bukan dengan mata. Dia memberi ayah tiga anak yang baik-baik.

Saat dia sakit kerana berkorban untuk cinta kami bersama, itu merupakan ujian bagi ayah, apakah ayah dapat memegang komitmen untuk mencintai dia apa adanya. Jika dia sihat pun, ayah belum tentu mau mencari penggantinya, apalagi dia sakit.
Ayah redha--(klik)>>Pemergiannya

Ketika kami masih bersama ibu kamu 
 Pernah Berkata...                                            
Duit bolih dicari...
Kawan bolih diganti...
Tapi isteri yang setia
dan baik hati takkan datang dua kali..








Kalau dari sejak itu aku berkahwin

KALAU dari sejak itu aku berkahwin, sekurang-kurangnya sekarang ada yang jaga dan uruskan makan serta pakai aku terutama apabila sakit.
Namun, aku anggap ini adalah takdir dan ketentuan Allah SWT. Apa pun, aku tetap bersyukur kerana selain dari anak², masih ada adik-beradik yang sentiasa bantu dan berikan sokongan moral.
Tapi aku faham mereka juga ada keluarga dan komitmen lain.
Aku tak nak bergantung harap sepenuhnya dengan mereka. Walaupun sebenarnya mereka okey, tapi takkan aku nak jadi macam ‘raja’. Jadi tak manis pula.
Cuma, aku sudah terbiasa duduk sendirian sejak bertahun lamanya. Di rumah ini aku tinggal bersendirian. Adik-beradik selalu datang melawat.

[Gambar] Makngah Diserang Barah

Januari 2008...dengan tiba-tiba makngah terasa teramat sakit dalam perut..susah nak buang air besar..perutnya semakin mengembung..
Tanpa berlengah kami terus membawanya keHospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar...setelah pembedahan usus...keputusan analisisnya ialah barah......Barah Usus.....
Hospital Sultanah Bahiyah, AlorStar.

usus dipotong..kena pakai bag najis..(Hosp Sultanah Bahiyah,A/Setar


Dihospital Hospital Sultanah Bahiyah, A/Setar (2008)


Hospital Pakar Damansara (KPJ Damansara)....disinilah usus makngah dimasukan dan disambungkan semula (Disember 2008)...seminggu sembuh seperti sediakala....Tapi...Tuhan Maha Kaya...tanpa diduga...pada Oktober 2010 makngah rasa teramat sakit dibahagian belakang...sekali lagi beliau dimasukan keKPJ Damansara...kali ini tulang belakang pulak!!!...rupa-rupanya kuman barah yang dulu punya...masih aktif...hinggap ditulang belakang...bedah lagi....tiga hari diKPJ...dihantar pula keHospital Sungai Buluh untuk rawatan lanjut... 


Hospital Sungai Buluh....seminggu disini...dibenarkan balik kerumah...


setelah lebih kurang dua minggu berada dirumah...dia mula berasa letih...tak bermaya...bawa pi Hospital Sungai Buluh pulak (pertengahan November 2010)...kali ini doktor ceck punya ceck...dia kata benda tu naik kepala pulak dah...oprate lagiii...kali ni depa tureh kepala pulak...haiii...habuan la makngah oi....


DiHospital Sungai Buluh


dua belas hari diHosp. Sg. Buluh...berasa lega sikit...depa kata bulih bawa balik...


sampai dirumah...


dirumah dok training berjalan...exercise sikit...ada la lebih kurang dua minggu...dia berasa keletihan pulak...kali ini bawa pi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)...


HKL...(1/12/2010)...bermula disinilah makngah tak leh bercakap langsung...bergerak pun tak leh...hanya terbaring...


diHKL


diHKL


HKL.....minum susu pun melalui hidung...pakai tiub...



HKL...


dah dua puluh hari diHKL (1/12/2010 ---20/12/2010)...doktor kata kalau nak bawa balik makngah pun tak pa...disini pun tak dak rawatan apa dah...ha..tungu lagi...

***************************************
wajah-wajah makngah dalam kenangan

Kemaskini 6/3/2011 - 11:45pm - Makngah Pergi .........